KUALA NERUS: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat kira-kira 120 kilogram (kg) di dalam parit di Kampung Gong Awang Lib di Mengabang Telipot dekat sini malam tadi.
Pegawai Pasukan APM Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus Lt Muda Norulhaida Md Rashid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia terbabit pada 8.30 malam, sebelum lapan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.
"Ular itu ditemukan orang kampung di dalam parit yang berhampiran dengan jalan. Anggota kita mengalami kesukaran untuk menangkap haiwan itu kerana selain saiznya yang besar dan panjang, ular itu juga bertindak agresif. Kita mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menangkapnya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Norulhaida berkata ular sawa batik berkenaan dibawa ke Balai APM Kuala Terengganu/Kuala Nerus untuk disimpan sementara diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.
Sementara itu, seorang penduduk yang menjumpai haiwan berbahaya itu Mohd Fazrie Mohamad Fauzi, 35, berkata dia percaya dengan tertangkapnya ular sawa batik terbabit masalah kehilangan beberapa ekor lembu milik penternak di kampung itu akan selesai.
"Semalam, saya mendapati seekor lembu ternakan saya hilang, jadi saya pun keluar mencari di sekitar kawasan berkenaan sehinggalah saya terlihat ular sawa batik itu di dalam parit. Bulan lepas pun ada seekor anak lembu milik orang kampung ini hilang. Saya percaya anak lembu itu dibaham haiwan yang sama.
"Syukur ular sawa itu ditangkap kerana lokasi penemuannya juga dekat dengan kawasan penduduk dan parit ini kadang-kadang menjadi tempat kanak-kanak memancing," katanya yang bekerja sebagai mekanik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Ular itu ditemukan orang kampung di dalam parit di Kampung Gong Awang Lib. - Gambar/ Bernama
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing
Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
'Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar
APM Terengganu menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat kira-kira 120 kilogram (kg) di Kuala Nerus.
Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.
Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang empat meter di bahagian enjin kenderaan di Kampung Pantai Belimbing, Melaka.
Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas
Pemilik rumah dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.
Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing menangkap seekor ular sawa seberat 150 kilogram (kg) di kawasan chalet di sini, semalam.
Ular sawa dua meter 'hadir' ke sekolah
Ular seberat 10 kilogram itu berada di dalam longkang berhampiran kelas pelajar darjah enam.
Lelaki terkejut ular sawa batik 70 kg atas pokok durian
Bomba ambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik sepanjang tiga meter itu.
'Ayam bising, ular berat 80kg bertandang'
Anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia itu dengan menggunakan alatan khas.
Enam kali ular sawa ditemui di garaj rumah
Setiap hujung tahun akan ada ular ditemui di rumah Mazuen Mohd Taib di Taman Melati, Raub.